!!!

Followers

Monday, November 22, 2010

BUAT SAHABATKU.......

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum…………… Apa khabarmu disana ……………….. Salam kerinduan fillah sebagai pembuka tirai………… Semoga dirimu sahabat , sentiasa di bawah lembayung rahmat serta taufik Ilahi…..

Buat renungan diri ini serta sahabatku fillah, Semalam nan berlalu sukar digamit lagi, Hari ini suatu realitas, Andai hadirnya esok, Pastinya bersulamkan rantaian suci………….

MAAL HIJRAH…….. telah jauh kita tinggalkan, setiap hari yang berlalu menagih suatu perubahan bagi diri ini lalu ia mengundang suatu gelanggang mujahadah yang maha hebat agar tersahut menuju Allah. Sejenak…… sayup-sayup suatu perasaan menerjang sanubari betapa ibanya diri ini andainya hadirnya maal hijrah ini adalah kali terakhir buat diri kita ini………. Pastinya detik-detik kematian kan menjelma menghampiri diri ini seiring dengan gagahnya malaikat Izrail dengan izin tuhan mencabut nyawa, Malaikat Raqib & 'Atid sibuk dengan komputernya menghitung amalan kita, Malaikat Mungkar dan Nakir sibuk dengan set perakam videonya memperlihatkan segala rutin diari kita……..

Buat renungan diri ini dan sahabat fillah…………. Ingatlah……. Dunia ini hanya tempat persinggahan permainan suatu persembahan pentas kehidupan segala penipuan serta kepura-puraan………..

Sahabat……… rinduilah akhirat nan kekal abadi pasti tersIRAT sinar kebahagiaan serta keriangan sejati……….

Dilautan dunia ini, badai-badai cobaan senantiasa menjenguk diri tanpa jemu, menggamit hati serta sanubari, lantaran nafsu dan syaitan lah’natullah semakin bermaharajalela menghantui diri, agar tersisih dari ridhaNYA, lantas tercampaklah dalam kemurkaan ilahi……..na'udzubillah.

Buat renungan diri ini dan sahabat yang di kasihi fillah……. Sesekali Allah takkan memungkiri janji janjiNya…… Setiap kekurangan suatu cabaran……… Setiap kelemahan suatu ujian………. Pastinya sahabat, dirimu tegak menantang badai-badai dugaan ditengah-tengah lautan berapi, biarpun bahtera yang di layari patah sauhnya, biarkan dirimu semakin lemas terjepit antara bisikan syaitan……antara gamitan ilahi.

Sahabat, pastinya dirimu tetap utuh dan tetap kukuh seiring dengan rahmat dan kasih Ilahi Maha luas nan sejati…………. Marilah sahabat, andai di renungi setiap kegetiran cabaran nan menimpa para kekasih Allah, para auliya' Allah, begitu besar sekali mehnah perjuangan diri, betapa kerdil diri kita ini sebagai insan biasa kadangkala sekelumit cuma dugaan melanda, hati memberontak, dan jiwa meronta lantas pasrah bersangka buruk terhadap Ilahi. Zalimnya diri kita temanku, bertahun-tahun Allah naungi kita dengan kurnia rahmatNya dan limpah kasihNya. Cuma seketika Allah uji hati kita dan jiwa kita, lalu perasaan kita merintih menangisi betapa malang nasib diri ini…………

Mengapa???? Menjadi tanda tanya. Setelah nikmat kita kecapi, masih kita agih-agihkan yang mana boleh dan yang mana tidak boleh kita lakukan suruhan Ilahi. Sampai hati kita sahabat, membiarkan diri kita, hati kita, perasaan kita……..gersang ketandusan santapan rohani dan santapan nur kasih Ilahi. Menzalimi diri sendiri, membiarkan ia tercamapk dalam jurang Neraka jahannam nan sentiasa membara menanti mangsanya.

Buat renungan diri ini serta sahabat yang kukasihi dan di rahmati Ilahi..... ……andai diperlihatkan ahli-ahli neraka pada isi alam maya ini pasti akan mati kita…..karena terlalu ngeri keadaanya …. Marilah sahabat sama-sama kita menoreh langkah merindui……. Betapa syahdu lambaian syurga Ilahi, Betapa agung 'arash Ilahi, Betapa mulia gamitan ridha Ilahi, Betapa luas lautan keampunan Ilahi, Realitinya………………………… Betapa jelas kalimah Ilahi, kalam Nya tinggi, QahharNya tidak bertepi, hikmahnya Maha Jabbari……….. Marilah sahabat kita bersama-sama, bangun, beristiqamah diri, tetapkan pendirian, teguhkan hati dan iman, perjuangan diri serta nafsu agar tercapai nur maghfirah serta mardhiah Ilahi………. Memang terlalu derita jiwa terlalu lemah diri dalam pentarbiyahan, karena………… Syurga itu manis, maghfirah Allah itu luas dan derajat mukmin itu tinggi……………

BERMUJAHADAHLAH……….. Walaupun pada awalnya terlau pahit amat sukar tetapi itulah permulaan titik nur keinsafan, kudus bersulamkan jutaan mutiara nasihat, bicara hikmah, senandung pengajaran, puitis peringatan agar penyesalan tidak membelit , agar derajat insani tidak menyamai derajat hewan……… Maukah kita bertopengkan manusia tetapi berhatikan hewan, Mempunyai hati, tidak merenungi kebesaran Ilahi…………… Mempunyai mata tidak memerhatikan keindahan ciptaan Ilahi…… Mempunyai telinga, tidak mendengar peringatan Ilahi……….

Buat renungan diri ini dan sahabat di kasihi perjuangan fisabilillah……… Terlalu dhaif diri ini, terlalu hina jiwa ini, walau saban waktu mengalunkan kalimah Ilahi, mendengar serta meyakini Kitabul-izzati tapi masih lagi kita biarkan diri kita hanyut dibawa arus kebobrokan duniawi…………. Andainya kita terus berusaha berusaha mencari ridha Ilahi….. Disitulah terdapat pengampunan Ilahi nan Maha tinggi……… Andainya kita berputus asa menggapainya ………… Disitulah terdapat kemurkaan Ilahi nan Maha ngeri………….. Syaidina Ali .a berkata: "Andainya diri ingin kemesraan Ilahi, kamu hendaklah garang dengan nafsu kamu sendiri. Andainya kamu telah merasai manisnya bertemu Ilahi, pasti kamu akan merasai terlalu pahit berpisah denganNya."

Akhir kata……………. Marilah sahabat bersama-sama kita mengoreksi diri di bawah lembayung rahmat, rIdha serta nikmat Ilahi agar nur keimanan berlimpah sejuta karOmah serta barOkah.

Salam Persahabatan.

AYAH,TARIK TANGAN SAYA NI,KAKI SAYA TERLEKAT..

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.

I September 1994.

Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.

Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,

kata saya di dalam hati.

Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ?

Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”

kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ?

Tak boleh keluar dari kubur ?

Aku tak fahamlah,” jawab saya.

Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”

di kubur kat kampung Batu 10 tu,

ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,

tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.

Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ? ”

saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.

Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya...

Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,

budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.

Bagaimana pun,

ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.

Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,

lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.

Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,

gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,

tapi belum pun habis kata-katanya,

si gadis memintas lagi,

katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.

Si ibu jatuh ke lantai .

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.

Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.

Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.

Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.

Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.

Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.

Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik.

Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.

Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.

Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ;

” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,

tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,

ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.

Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong,

mayat ibunya serta-merta jadi ringan.

Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.

Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.

Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,

tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .

Ia seperti di paku ke tanah.

Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.

Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.

Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni.

Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.

Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.

Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah… kenapa ni ?? !!

Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan

adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.

Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,

kaki si gadis tetap terpasak di tanah.

Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…

kenapa jadi macam ni ayah?”

kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .

Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”

jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .

Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.

Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak,

maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…

Saida menyesal..

Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.

Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.

Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.

Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,

imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

” Kita kambus sedikit saja,

sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.

Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…

kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar.

Kita buat dua-dua sekali,

mayat isteri awak di sempurnakan,

anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju.

Lalu seperti yang di putuskan,

upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.

Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,

cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.

Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.

Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.

Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.

Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.

Dah lapar sangat.

Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.

Lepas ni aku nak ke kubur lagi.

Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya.

Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.

Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.

Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan

berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha,

akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.

Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan

terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.

Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu.

Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,

Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh .

Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja.

Bolehlah…”saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.

Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan

berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Namun demikian dada saya berdebar kencang.

Pertama ,risau, takut di halau keluar.

Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,

akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.

Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.

Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.

Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.

Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.

Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;

“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,

saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,

gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.

” Emak… lepaskanlah kaki saya ni.

Ampunkan saya, lepaskan saya,”

Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.

Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”

rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.

Malah memandang ke atas pun tidak.

Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida .

Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah.

Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana.

Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,

pegawainya mahu saya berbuat demikian.

Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.

Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap

” Ampunkan saya emak,

ampunkan saya saya, Ya Allah,

lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir.

Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,

tapi seperti tadi, tidak berhasil.

Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.

Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam

kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.

Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk

membuat liputan tetapi tidak di benarkan .

Mereka merayu bermacam-macam cara,

namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam,

akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.

Saida masih begitu.

Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.

Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan

mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.

Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.

Namun telah di sebutkan Allah,

menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.

Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis.

Saida kesejukan pula.

Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.

Namun dia tidak dapat tidur.

Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya.

Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.

Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka

puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.

Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar

kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.

Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.

Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung…

sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,

barulah tubuhnya dapat di keluarkan.

Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang.

Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,

tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 

Belasah kerana permainan

KOTA KINABALU: Gara-gara permainan Internet, seorang remaja koma apabila dibelasah tiga rakan lelakinya menggunakan kepala tali pinggang selepas berlaku perselisihan faham di sebuah kafe siber di Jalan Sulaman Central, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Kay Tamtali, 18, cedera parah di kepala selepas dibelasah tiga lelaki yang dipercayai tidak berpuas hati dengan permainan disertai mereka.
Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum itu dan ketiga-tiga suspek yang tidak puas hati menunggu mangsa di luar kafe berkenaan.

29/11

Sebaik keluar, berlaku cabar mencabar antara mangsa dan semua suspek dan diakhiri dengan pergaduhan.
Dalam pergaduhan itu, seorang suspek melibas kepala mangsa menggunakan kepala tali pinggang, menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.
Panik melihat mangsa terbaring berlumuran darah, semua suspek melarikan diri manakala orang ramai yang melihat kejadian itu menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Rowell Marung ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih melakukan siasatan.

Sebaik tiba di lokasi, polis menemui mangsa terbaring berlumuran darah sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan, katanya.

Sumber : Harian Metro

Derita batin sampai murtad

PUTRAJAYA: Disebabkan tidak sanggup terus menderita akibat digantung tidak bertali’ selama 10 tahun, ada wanita Islam yang bukan saja berhijrah ke luar negara, malah menjadi murtad selepas berkahwin dengan lelaki bukan Islam.

Mendedahkan kes berkenaan, Penasihat Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih Sungai Besi, Datuk Wan Abdul Halim Wan Othman, berkata wanita terbabit yang berusia 40-an bertindak sedemikian selepas tertekan tindakan suami asalnya yang berkahwin lain dan mengabaikan nafkah zahir serta batin.


Menurutnya, wanita itu yang berkerjaya profesional mendakwa fobia dengan ‘kata dua’ suami yang mahu melihat dia menderita sehingga mati dan membiarkannya digantung tidak bertali. “Kes ini antara puluhan, malah ratusan masalah yang dihadapi ibu tunggal digantung tidak bertali yang tewas dalam perjuangan mendapatkan hak mereka mengikut yang terkandung dalam al-Quran.

“Sepatutnya golongan seperti ini dibantu. Malangnya, pada masa ini kesukaran mereka terus tidak dibela sewajarnya sehingga ada yang nekad mengambil keputusan yang salah,” katanya.


Beliau berkata, kes wanita tertekan berkenaan yang berhijrah ke luar negara dan meninggalkan Islam, amat menyedihkan, tapi ia bukan sesuatu yang aneh kerana mereka juga memiliki naluri untuk menjalani kehidupan lebih baik.


“Tetapi, mereka digantung tidak bertali dan tidak diberikan bantuan apabila diperlukan. Keadaan itu menyebabkan harapan mereka hancur terutama apabila proses di mahkamah juga tidak memihak kepada mereka,” katanya. Wan Abdul Halim berkata, kemelut yang dihadapi ibu tunggal dan wanita digantung tidak bertali ini boleh ditangani dengan baik jika pelbagai pihak memberi tumpuan terhadap permasalahan yang dihadapi golongan berkenaan sejajar apa yang terkandung dalam al-Quran.

Beliau berkata, wanita yang sudah nekad menukar agama itu individu berpendidikan yang arif mengenai hak wanita seperti terkandung dalam al-Quran dan mereka berharap undang-undang itu digunakan.


Bagaimanapun, katanya, apa yang diharapkan mereka tidak menjadi kenyataan, malah proses ‘melepaskan diri’ terlalu sukar walaupun suami sudah berkahwin baru dan sengaja mahu melihat isteri digantung tidak bertali sehingga mati.

Menurutnya, mahkamah syariah mempunyai tanggungjawab dan amanah cukup berat bagi mendaulatkan hak wanita seperti terkandung dalam al-Quran bagi memastikan golongan itu termasuk ibu tunggal dan mereka yang digantung tidak bertali diberikan keadilan sewajarnya.


“Keadilan penting bagi memastikan golongan berkenaan dibantu bagi membina kehidupan baru selain menyelamatkan mereka daripada sikap suami atau pihak tertentu yang hanya mementingkan diri sendiri.


“Kita tidak mahu ada sesetengah wanita sepatutnya mampu menjalani kehidupan sempurna, tetapi akibat dihalang pihak yang tidak bertanggungjawab, kehidupan mereka berubah ke kancah yang tidak sihat dan merosakkan masa depan mereka,” katanya.


Tanpa berselindung, beliau tidak menafikan ada ibu tunggal yang terbabit kes yang tidak sihat, tetapi jika dikaji secara terperinci ia boleh dikaitkan dengan punca yang tidak sepatutnya terjadi, termasuk tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki pilihan mereka.


Katanya, banyak masalah yang menyebabkan ibu tunggal itu tertekan termasuk anak yang tamak harta sehingga tidak membenarkan ibunya berkahwin lain kerana bimbang harta itu akan dimiliki pasangan baru ibu mereka.


“Sepatutnya, masalah yang membelenggu ibu tunggal dan mereka yang digantung tidak bertali boleh diselesaikan dengan baik jika lunas Islam dijadikan asas utama kerana ia sudah pasti akan memberikan satu keputusan yang adil dan saksama.


“Bukan itu saja, ia sudah pasti menyelamatkan golongan berkenaan supaya tidak melakukan tindakan tidak bijak, termasuk berfikir untuk meninggalkan agama dianuti,” katanya.

Monday, November 08, 2010

wah....dah lama xbukak bloq...hihihihi

waaahhh....lame kn...sy ad byk cite nk citekn pde kamu sume....kisah2 hidup sy...ade sedih n ade gembira..ade duke......

Saturday, July 03, 2010

percaya atau tidak????



percaya atau tidah pohon kelapa sawit ini berbuah durian.......renung2 kn lah....
uhuhuhuhuhuh.......plik.....mula2 sy tgk pic nip trkejut....engt pokok durian.....uhuhuhuhuh

ade power ke???
hhhhiooohihihihi



posing2..


posing3...
hahahahah
posing maut....


hahaahhahahaa.....


in car...