Tabah untuk menghadapi cabaran yang akan datang
Tuesday, January 11, 2011
Monday, January 10, 2011
Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan

GAMBAR laman web Facebook pada skrin sebuah komputer di Washington pada 9 November lalu.
PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.
Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.
Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."
MARK ZUCKERBERG
"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.
Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi
Wednesday, November 24, 2010
AMARAN RASULULLAH SAW BUAT WANITA BERSANGGUL TINGGI.
Rasulullah SAW
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
patut la zaman sekarang ramai wanita suka bersanggul tinggi dan menganggap trend terkini.. yang bertudung pun tidak ketinggalan.
wanita bersanggul tinggi

Tuesday, November 23, 2010
Apabila bahasa kelantan diKLkan..haha
baco sapa abis ni.baru demo pehe..buleh tehe nk suko selok..kawe guling bating do-de-do-de baco..hahaha..
Kantoi 1Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"
Kantoi 2Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…
Kantoi 3Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..
dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..
"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."
dengan muka yang selamba dan serius..
Kantoi 4kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut
“pulut LEMPA satu”...
sepatutnya pulut panggang
Kantoi 5cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumimurid : dua, cikgucikgu : nama dua jenis kutub tersebutmurid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING
(khutub @ kerutuk)
Kantoi 6cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.
Kantoi 7ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe
Kantoi 8kwn aku citer cara2 masak kerutup..
”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”
Kantoi 9“saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”
Kantoi 10Aku pernah dengar statement ni kat bank...
“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”
yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......
Kantoi 11kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."
laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?
Kantoi 12peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...
Kantoi 13masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...
ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...
dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'
hahahahha
Kantoi 14masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..
"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"
Kantoi 15member citer takdih......
si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....
Kantoi 16ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap
guest : " nape takde api ni"awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"
Kantoi 17Dalam sebuah komuter...
“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”
Kantoi 18Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..
Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..
Org Luar : ' mak ada tak? 'Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "
[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]
Kantoi 19haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,
"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".
Kantoi 20aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu
sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghegi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...
"kak..... PLETIM adaa ?
kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"
Kantoi 21tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...
saing : toke...kakah sup ada?
toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...
saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?
toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...
saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...
mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...
saing : pade pong cino tu tok pehe...
Kantoi 22aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.mak mentua saya gi tanya kat abah saya
"ustaz nok gi balasoh doh ko?"terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"
Kantoi 23membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :
"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"
Kantoi 24budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...budak johor:- nk berapa?.....budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...
pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...
budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....
masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....
Kantoi 25Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..
"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..
Kantoi 26Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..
pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....
Kantoi 27Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...
“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”
Kantoi 28dj radio: assalamualaikumpendengar: wa'salam...dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?pendengar: hujan berek-berek.....
Kantoi 29ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..
"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."
Kantoi 30didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...
"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...
Kantoi 31ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU”....
Kantoi 32ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..
bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..
"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat lugal"..
Kantoi 33mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..
ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..
"Itik sedang menyudu air cha.. "
Kantoi 34Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..
dengan pantas aku menjerit...
"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"
Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...
Kantoi 35pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:
" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....
terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.
Kantoi 36
aku selalunya kantoi tang kunci kereta....
dah terbiasa sebut..."suis keta"
ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia
"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"
dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"
aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?"
lagi dia heran...
pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....
bukan suis keta
Kantoi 37
maso saing kawe mari KL...sek2 rumoh kawe nak masok tengahhari pahtu suruh la dia gi kedai beli ikan ...
saing aku : Bang ikan AYA ada?Tokey : Ikan AYA?....ikan apa tu dik?...xde jual laSaing Aku : Ala Bang tu ada la ikan AYA tu...(sambil tunjuk)Tokey : oooo ni ikan tongkol la dik...
balik rumah dia bercerita gege 1 rumah dok suko ko dio..
Kantoi 38teringat maso kawe ngaji k.l mulo,nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"
Kantoi 39Ambo sediri pun penah kena dulu, gini..
masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik,
"weiii, diamla, BOSANLA
heheheh..member kelate pecoh perut suko..lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud
Kantoi 40so lagi, ambo tengok budok2 dok gayut di taman permainan di Putrajaya,
ambo tepikla larang takut jatuh :
" weiii, jangan bergayut kat situ, nanti jatuh, dapat FAEDAH (BULEH PEKDOH)
member aku terguling reboh suko
Kantoi Tahap Dewa
Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia g disko, semua kwan2 dia mabuk. Dia ckap kat kawan dia :
"berat-berat korang semua nih.....dah-dah la tuh....jom KELIK...

saya suka tengok awek saya
Saya suka tengok jari awek saya...Cantik betul... Sungguh!Sampai takut nak pegang...Bukan takut patah...Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each otherDi satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...
Saya suka tengok rambut awek saya...Cantik betol... Sungguh!Sebab tu saya belikan tudung...Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....Tapi takut nanti terbakar dek api nerakaDi suatu hari yang giler forever
Saya suka tengok body awek saya....Cantik betol... Sungguh!Sebab tu saya belikan dia telekongSupaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang UtamaDia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...
Saya sedih tengok awek sayaTak tido, tak makan rindu kat saya...Saya pun macam tu jugak,Ada problem yang sama..Die tanya apa ubatnya?Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
Saya sedih tengok awek sayaSelalu pesan macam-macam kat saya..."Makan, minum, drive elok-elok tau..Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gituDie tak kata satu aper pun...Berdosanye saya....
Kesimpulannya saya memang sayang dia...Nak jumper die giler forever...Yang forever punye forever...Di dunia dan akhirat terutamanya,Janji nak share heaven sama-sama...Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,Dosa sendiri pun infiniti...Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...Semoga kami menginsafi diri...Ya Allah ampunkanlah kami....Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
P/s - andai anda seorang wanita muslimah...Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...Then kalu anda seorang muslim...Apa kata tanamkan dalam hati camtu...Cinta tu anugerah Allah...Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...Semoga saya pun ambik iktibar gak...

Monday, November 22, 2010
'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...
Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

senyum2~jadikan iktibar..KAIN KAPAN HJ TEEPOO :)
Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.
Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam m asa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sanasini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, siisteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terak hirsebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, marirapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nadayang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang Ilakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mere ka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambikle iktibar

Subscribe to:
Posts (Atom)