!!!

Followers

Thursday, February 17, 2011







Guru menang saman BSN RM250,000

KOTA BHARU - Seorang guru Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ma’ahad Ahmadi, Padang Siam, semalam berjaya dalam saman tuntutannya terhadap Bank Simpanan Nasional (BSN) berjumlah RM250,000 akibat kegagalan menjelaskan baki pinjaman, tujuh tahun lalu.

Mahkamah Sesyen semalam membenarkan beberapa tuntutan bertarikh 16 Mac 2008 yang dikemukakan Mat Seman melalui syarikat guaman, Tetuan N M Amin & Associates.

Pada 2 Jun 2004, BSN (defendan) dengan persetujuan plaintif meluluskan Kemudahan Pembiayaan Skim Giro Perumahan berjumlah RM131,000 bersama Pembiayaan Insurans Perlindungan Gadajanji (MRTA), RM8,158.

BSN bagaimanapun gagal menjelaskan baki pinjaman RM46,215.99 dengan alasan kebankrapan plaintif walhal beliau sudah bebas daripada tindakan itu melalui perintah bertarikh 26 September 2008.

Plaintif yang menyerahkan salinan perintah serta notis kepada defendan 4 Februari 2008 bagi tujuan tuntutan baki terbabit sehingga ke hari ini (semalam) gagal menjelaskan tuntutan berkenaan.

Mahkamah semalam mengarahkan defendan menjelaskan baki terbabit serta turut dikenakan bayaran faedah jumlah penghakiman lapan peratus setahun.

BSN juga dikenakan bayaran RM20,000 ganti rugi teladan, RM12,000 ganti rugi am dan kos tindakan lain
yang akan ditafsirkan kemudian selain tidak perlu menjelaskan kadar faedah mahupun penalti yang dikenakan pihak bank terhadapnya.





petikan dr akbar sinar harian ari nie.....

kalau ak lah jd ank dy kn...huhuhuhuhu...tp xpe ank dy kawan ak.....
nama anak dy nancy najwa...huhuhuhuhu




hahhhaaa......
ni my frienz ank mat seman

"nancy najwa"


No comments: