!!!

Followers

Monday, November 22, 2010

Masukkan Laman Web / Blog anda ke dalam LamanWeb.biz - Projek Laman Web Direktori Terbesar Malaysia Penuntut kolej gantung diri

25/11

SEREMBAN: Seorang ibu tersentak apabila menemui mayat anak perempuannya yang juga penuntut kolej swasta dalam keadaan tergantung di kediaman mereka di Taman Permai, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai M Himala, 20, dijumpai di sebuah bilik oleh wanita berusia 40-an berkenaan yang baru pulang daripada bekerja, kira-kira jam 8.30 malam.
Jurucakap polis berkata, gadis itu dipercayai tinggal di rumah berkenaan bersendirian berikutan ibunya pergi bekerja manakala seorang adiknya turut keluar.

29/11

Ibu mangsa yang tiba di rumah mula mengesyaki sesuatu apabila tiada sahutan diberi selepas beberapa kali mengetuk pintu bilik anaknya.
Sejurus membuka pintu bilik itu, dia terkejut apabila mendapati mangsa tergantung dalam keadaan tidak bernyawa, katanya, semalam.
Beliau berkata, pihaknya mendapati mangsa menggantung diri dengan sehelai kain yang diikat pada siling bilik terbabit.

Siasatan awal tidak menolak kemungkinan mangsa dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui ahli keluarga, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Sumber : Harian Metro

No comments: